Memancing adalah hobi yang santai. Ia membawa anda
kembali kepada alam, kedamaian jiwa dan minda. Justeru, hobi ini perlu
dipraktikkan dengan penuh etika untuk mencapai keselesaan dan kedamaian serta
memperoleh tumpuan.
Berikut
adalah beberapa panduan bagi memastikan anda dalam keadaan selesa, selamat dan
memperoleh tangkapan terbaik bagi setiap trip memancing. Yang penting, anda
benar-benar seronok memancing!
1
Jangan
meminum arak- Ini tindakan tidak bijak untuk mengelakkan pelbagai perkara
buruk berlaku di lokasi pancing.
Walaupun kononnya minum arak bakal mengundang kegembiraan
sebenarnya perbuatan itu bukan saja menyusahkan diri sendiri malah rakan,
tekong dan orang tersayang yang anda tinggalkan di rumah.
Adalah
lebih baik anda meminum lebih banyak jus buah-buahan, air mineral dan minuman
ringan lain. Malah bagi sesetengah trip, meminum air berkabonat mampu mengatasi
sebu angin dalam perut sekali gus muntah.
2
Pada
sebelah malam atau ketika berada dalam cuaca sejuk, minum lebih banyak
minuman panas seperti kopi, minuman tenaga dan tonik. Ini bagi memastikan anda kekal hangat dalam cuaca sejuk itu.
3
Jangan
berkira soal membeli makanan bertenaga dan berkhasiat terutama untuk dibawa ke lokasi
pancing. Tenaga diperlukan untuk anda melakukan pancingan dasar, pancingan berumpan atau pancingan layang. Malah
memancing adalah aktiviti fizikal yang memerlukan banyak tenaga. Jika anda mula
terasa lapar, letih atau lesu, ini mula mengundang fikiran anda untuk balik ke
rumah.
4
Jangan
sesekali lupa membawa topi
sekali pun anda tidak mahu memakainya. Sekali pun anda mungkin lasak dan mampu
melalui panas terik tetapi topi mungkin diperlukan jika hujan atau sebelah
malam. Kepanasan sebenarnya turut melemahkan badan. Jadi dengan bertopi atau
memancing di tempat yang terlindung, ini akan menjimatkan tenaga anda!
5
Pastikan
anda sentiasa dalam keadaan bersih dan kering. Sebab itu, pemancing yang
baik sentiasa membawa tuala tangan atau memakai sarung tangan bagi memastikan
tapak tangan bersih. Cuci tangan serta-merta selepas memasang umpan seperti
dedak, cacing dan ikan. Ini untuk mengelakkan anda menggunakannya bagi memegang
makanan atau minuman.
6
Sentiasa
berhati-hati ketika berada di tebing sungai, taliair atau laut terutama
ketika musim hujan. Tebing ketika itu licin dan anda mungkin tergelincir.
Ingat, jatuh tergelincir akan menyebabkan pelbagai bentuk bahaya dan
kecederaan. Malah tahap paling serius anda mungkin lemas dalam air!
7
Jika
ada nyamuk, agas atau serangga lain yang menggigit, anda boleh menangani
dengan menyapu permukaan kulit yang terdedah dengan salap ( balm ) anti
serangga. Anda benar-benar tidak boleh memancing jika asyik melayan nyamuk atau
agas!
8
Jika
anda berhasrat memancing dengan meranduk air, pastikan anda tahu di mana
hendak berehat seketika bila badan gatal. Sebab itu, pastikan anda memakai
salap, pakaian bersih dan kering untuk mengelak gatal.
9
Jangan
membawa terlalu banyak perkakasan di lokasi pancing sehingga anda umpama
dihalau dari rumah. Bawa yang perlu dan berkongsi dengan rakan adalah cara
terbaik mengurangkan beban.
10
Jika
anda bermalam di lokasi pancing, pastikan anda membawa perkakasan lengkap
untuk tidur seperti beg tidur, kelambu, pangkin mudah pasang dan khemah. Jangan
memperjudikan badan dengan tidur di atas timbunan rumput, daun atau tikar.