Monday, April 9, 2012

WAKTU SESUAI MEMANCING DI LAUT


UMUMNYA...SETIAP ORANG MEMPUNYAI ANDAIAN DAN TAKSIRAN MASING-MASING BERHUBUNG WAKTU @ MASA YANG SESUAI UNTUK MEMANCING DI LAUT.
BAGI SAYA...SAYA LEBIH SUKA BERPANDUKAN KEPADA TARIKH DI DALAM KALENDAR ISLAM (HIJRAH)INI ADALAH ALTERNATIF MUDAH BAGI SAYA DISAMPING MELIHAT KEPADA CARTA/JADUAL PASANG-SURUT AIR SEMASA.
BERDASARKAN PENGALAMAN-PENGALAMAN PEMANCING & NELAYAN TEMPATAN RAMAI YANG MERUMUSKAN BAHAWA HARI YANG SESUAI UNTUK MEMANCING MENGIKUT KEADAAN BULAN ADALAH PADA TARIKH 7HB HINGGA 27HB KALENDAR ISLAM (HIJRAH) SETIAP BULAN. TEMPOH ITU DIKATAKAN SEBAGAI WAKTU AIR CANTIK. NAMUN BEGITU KEADAAN ITU BERGANTUNG KEPADA PERUBAHAN PASANG-SURUT AIR. APA-APAPUN KEAKTIFAN SPESIS-SPESIS DI PERAIRAN SUKAR DIRAMALKAN. ADA PULA MASA & KETIKANYA IKAN-IKAN TIDAK AKTIF, AKTIF DAN SANGAT AKTIF. BERDASARKAN KAJIAN SOLUNAR DAN JADUAL PASANG-SURUT AIR MELALUI TEKNOLOGI SAINTIFIK & METEREOLOGI KEAKTIFAN IKAN-IKAN INI BERLAKU MENGIKUT TEMPOH-TEMPOH TERTENTU DAN IANYA HANYA BEBERAPA JAM SAHAJA. INI KERANA...HUKUM ALAM, AKTIVITI HIDUPAN DI AIR BERKAIT-RAPAT DENGAN PERUBAHAN PASANG-SURUT AIR (FAKTOR KEDALAMAN), PERGERAKAN BULAN DAN MATAHARI (FAKTOR CUACA DAN PERUBAHAN SUHU AIR) DAN LAIN-LAIN . BEGITU HEBATNYA CIPTAAN ALLAH SWT.
DENGAN ITU KITA KENA PEKA DENGAN KEADAAN-KEADAAN ITU APABILA MERANCANG TRIP MEMANCING SEKIRANYA INGIN MEMPEROLEHI KEBERKESANAN. NAMUN JANGAN DILUPA, REZEKI DITENTUKAN OLEH YANG MAHA KUASA...KITA CUMA MERANCANG DAN BERUSAHA DIIRINGI TAWAKKAL & DOA...INSYAALLAH..
OK..BERDASARKAN KALENDAR ISLAM DAN KEADAAN BULAN...SAYA SUKA MEMILIH PADA KEADAAN BULAN (1/4), (1/2) DAN (3/4) UNTUK MELAKUKAN TRIP MEMANCING...BULAN PENUH DAN BULAN SABIT SAYA TIDAK MINAT KERANA WAKTU INI ARUS SANGAT LAJU DAN DISELANGI OMBAK SERTA KOCAKAN YANG BERUPAYA MENGELUARKAN ISI PERUT KITA..!!JIKA NAIK SAMPAN @ BOT. NAMUN BEGITU SESETENGAH KAJIAN MENDAPATI WAKTU BULAN PENUH IKAN SANGAT AKTIF PERAIRAN KERANA WAKTU INI IKAN-IKAN AKAN MERAPATI KAWASAN TERTENTU UNTUK BERTELUR...! BOLEH LA CARI JETI-JETI ATAU KELONG-KELONG JIKA NAK LEPAS GIAN..!!
DIBAWAH INI SAYA CATATKAN TARIKH ( IKUT KALENDAR ISLAM @ BULAN MELAYU LA..SESETENGAH ORANG BAHASAKAN) DAN PERUBAHAN PERGERAKAN PASANG-SURUT AIR.
RUTIN AIR PASANG-SURUT BERULANG-ULANG SETIAP BULAN...AGAK PENING SIKIT KALAU TAK BIASA BACA.   
 4-7hb      -  (bln 1/4)       -   air mengecik - 9-10pg air psg penuh & start surut smpai kul 2-3ptg
7-8hb      -  (bln 1/2)       - air mati.. 6pg air start psg..12-1tghari air penuh..pastu surut smpai kul
                                             7-8 mlm.                                  
9-11hb    -  (bln 3/4)       -  air menyorong - 9-10pg air start psg..3@4 ptg air penuh..pastu surut
                                              semula smpai mlm --> paling   aku suka
14-17hb  -  (bln penuh) - arus laju berdentum - 7-8pg air penuh..1tghari surut abis..7-8mlm penuh
                                             semula
19-22hb  -  (bln 3/4)       - air mengecik - 9-10pg air psg penuh & start surut smpai kul 2-3ptg

22-23hb  -  (bln 1/2)       - air mati.. 6pg air start psg..12-1tghari air penuh..pastu surut smpai kul
                                             7-8mlm.
24-27hb  -  (bln 1/4)       - air menyorong - 9-10pg air start psg..3@4 ptg air penuh..pastu surut semula
                                             smpai mlm --> paling aku suka.
29-2hb    -  (bln sabit)     - arus laju berdentum - 7-8pg air penuh..1tghari surut abis..7-8mlm penuh
                                             Semula.


SEMOGA PAPARAN DI ATAS SEDIKIT SEBANYAK MEMBERI MANFAAT KEPADA ANDA SEBAGAI RUJUKAN ILMU & PENGETAHUAN .
“SELAMAT MEMANCING”...

Shahothman@artikel...

Sunday, April 1, 2012

PANCING PANTAI


Air pasang detik terbaik



Kebanyakan ikan di pantai amat peka pada persekitaran dan perubahan pasang surut air. Ikan di kawasan ini lebih aktif apabila menjelang air pasang terutama pasang besar apabila ikan mara rapat ke pantai mencari makanan.

Peluang untuk menjerat ikan lebih terbuka pada waktu malam kerana waktu ini ikan biasanya tidak menyedari kehadiran manusia berhampiran. Jika dirujuk carta pasang surut air, banyak tempat menunjukkan air pasang pada lewat petang dan awal pagi. Jadi, kedua-dua waktu ini masa terbaik untuk memancing di pantai.

Selain merujuk pasang surut air, musim ikan kecil rapat ke pantai seperti bilis juga adalah musim terbaik memancing. Kehadiran bilis ke pantai turut membawa bersama pemburu yang mengikuti gerombolan bilis yang amat digemari kebanyakan ikan di pantai seperti gerung belang, ebek, gelama, haruan tasik mahupun pari.

Pelbagai jenis umpan boleh digunakan ketika memancing di muara. Pilihan umpan biasa dirujuk kepada jenis ikan yang ingin dipancing dan umpan yang biasa ditemui atau digunakan di kawasan itu. Namun umpan lumrah di muara ialah udang hidup adalah paling mujarab, perumpun atau hirisan ikan. Memilih mata kail sama seperti pilihan terhadap umpan. Malah saiz mata kail boleh ditentukan dengan kecil atau besar umpan yang digunakan.


Friday, March 23, 2012

10 PANDUAN NIKMATI KESELESAAN MEMANCING


Memancing adalah hobi yang santai. Ia membawa anda kembali kepada alam, kedamaian jiwa dan minda. Justeru, hobi ini perlu dipraktikkan dengan penuh etika untuk mencapai keselesaan dan kedamaian serta memperoleh tumpuan.
           Berikut adalah beberapa panduan bagi memastikan anda dalam keadaan selesa, selamat dan memperoleh tangkapan terbaik bagi setiap trip memancing. Yang penting, anda benar-benar seronok memancing!
1         Jangan meminum arak- Ini tindakan tidak bijak untuk mengelakkan pelbagai perkara buruk berlaku di lokasi pancing.
Walaupun kononnya minum arak bakal mengundang kegembiraan sebenarnya perbuatan itu bukan saja menyusahkan diri sendiri malah rakan, tekong dan orang tersayang yang anda tinggalkan di rumah.
         Adalah lebih baik anda meminum lebih banyak jus buah-buahan, air mineral dan minuman ringan lain. Malah bagi sesetengah trip, meminum air berkabonat mampu mengatasi sebu angin dalam perut sekali gus muntah.
2         Pada sebelah malam atau ketika berada dalam cuaca sejuk, minum lebih banyak minuman panas seperti kopi, minuman tenaga dan tonik. Ini bagi memastikan  anda kekal hangat dalam cuaca sejuk itu.
3         Jangan berkira soal  membeli makanan bertenaga  dan berkhasiat terutama untuk dibawa ke lokasi pancing. Tenaga diperlukan untuk anda melakukan pancingan dasar, pancingan berumpan atau pancingan layang. Malah memancing adalah aktiviti fizikal yang memerlukan banyak tenaga. Jika anda mula terasa lapar, letih atau lesu, ini mula mengundang fikiran anda untuk balik ke rumah.
4         Jangan sesekali lupa membawa topi sekali pun anda tidak mahu memakainya. Sekali pun anda mungkin lasak dan mampu melalui panas terik tetapi topi mungkin diperlukan jika hujan atau sebelah malam. Kepanasan sebenarnya turut melemahkan badan. Jadi dengan bertopi atau memancing di tempat yang terlindung, ini akan menjimatkan tenaga anda!
5         Pastikan anda sentiasa dalam keadaan bersih dan kering. Sebab itu, pemancing yang baik sentiasa membawa tuala tangan atau memakai sarung tangan bagi memastikan tapak tangan bersih. Cuci tangan serta-merta selepas memasang umpan seperti dedak, cacing dan ikan. Ini untuk mengelakkan anda menggunakannya bagi memegang makanan atau minuman.
6         Sentiasa berhati-hati ketika berada di tebing sungai, taliair atau laut terutama ketika musim hujan. Tebing ketika itu licin dan anda mungkin tergelincir. Ingat, jatuh tergelincir akan menyebabkan pelbagai bentuk bahaya dan kecederaan. Malah tahap paling serius anda mungkin lemas dalam air!
7         Jika ada nyamuk, agas atau serangga lain yang menggigit, anda boleh menangani dengan menyapu permukaan kulit yang terdedah dengan salap ( balm ) anti serangga. Anda benar-benar tidak boleh memancing jika asyik melayan nyamuk atau agas!
8         Jika anda berhasrat memancing dengan meranduk air, pastikan anda tahu di mana hendak berehat seketika bila badan gatal. Sebab itu, pastikan anda memakai salap, pakaian bersih dan kering untuk mengelak gatal.
9         Jangan membawa terlalu banyak perkakasan di lokasi pancing sehingga anda umpama dihalau dari rumah. Bawa yang perlu dan berkongsi dengan rakan adalah cara terbaik  mengurangkan beban.
10     Jika anda bermalam di lokasi pancing, pastikan anda membawa perkakasan lengkap untuk tidur seperti beg tidur, kelambu, pangkin mudah pasang dan khemah. Jangan memperjudikan badan dengan tidur di atas timbunan rumput, daun atau tikar.