Air pasang detik terbaik
Kebanyakan ikan di
pantai amat peka pada persekitaran dan perubahan pasang surut air. Ikan di
kawasan ini lebih aktif apabila menjelang air pasang terutama pasang besar
apabila ikan mara rapat ke pantai mencari makanan.
Peluang untuk
menjerat ikan lebih terbuka pada waktu malam kerana waktu ini ikan biasanya
tidak menyedari kehadiran manusia berhampiran. Jika dirujuk carta pasang surut
air, banyak tempat menunjukkan air pasang pada lewat petang dan awal pagi.
Jadi, kedua-dua waktu ini masa terbaik untuk memancing di pantai.
Selain merujuk
pasang surut air, musim ikan kecil rapat ke pantai seperti bilis juga adalah
musim terbaik memancing. Kehadiran bilis ke pantai turut membawa bersama
pemburu yang mengikuti gerombolan bilis yang amat digemari kebanyakan ikan di
pantai seperti gerung belang, ebek, gelama, haruan tasik mahupun pari.
Pelbagai jenis umpan
boleh digunakan ketika memancing di muara. Pilihan umpan biasa dirujuk kepada
jenis ikan yang ingin dipancing dan umpan yang biasa ditemui atau digunakan di
kawasan itu. Namun umpan lumrah di muara ialah udang hidup adalah paling mujarab,
perumpun atau hirisan ikan. Memilih mata kail sama seperti pilihan terhadap
umpan. Malah saiz mata kail boleh ditentukan dengan kecil atau besar umpan yang
digunakan.