INFO IKAN

IKAN LAZIM & PASARAN





KEMBUNG / PELALING
Indian Mackerel / Short-Bodied Mackerel / Kembong

























Kembung merupakan ikan yang paling popular di Malaysia dan paling sering ditemui di pasar. Ikan ini biasanya ditangkap dengan kuantiti yang banyak pada waktu malam yang tidak berbulan. Pada waktu ini nelayan dapat mengesan ikan ini melalui kilauan badannya di permukaan air. Sungguhpun jenis-jenis ikan ini mempunyai sedikit sebanyak kelainan diantara satu sama lain, namun semuanya diistilahkan dengan satu nama umum iaiti Kembung. Jenis yang lebih dan pendek adakalanya disebut Pelaling. Pada suatu ketika, Kembung merupakan ikan yang paling murah, tetepi kini harganya telah melambung naik walaupun mampu dibeli oleh orang ramai. Ikan ini kaya dengan minyak dan begitu berperisa yang menjadi bahan utama yang sesuai untuk Asam Laksa.






CENCARU / KERAS EKOR
Torpedo / Hard Tail



























Gelaran "Keras Ekor" memang sesuai bagi ikan yang berbentuk torpedo ini. Ciri inilah yang membezakannya daripada ikan lain. Kiri kanan badan sampai ekor diliputi kulit keras bersisik. Selalunya penjual ikan menawarkan untuk mencabut kulit keras ini ketika anda membelinya. Bergantung pada cara anda hendak memasaknya, perbuatan ini mugkin kurang bijak. Meskipun tidak boleh dimakan, kulit keras ini mencegah ikan dari menjadi terlalu kering semasa dimasak. Dua kaedah memasak cencaru yang paling digemari ialah menggoreng dan membakar. Tetapi adakalanya juga ikan ini dimasak asam pedas. Apabila menggoreng dan membakar, potongan biasanya dibuat pada kedua-dua belah tulang utama. Tujuannya untuk membuat dua ruang untuk disumbat dengan sambal kelapa.
Cencaru merupakan sejenis ikan yang banyak darah. Oleh itu eloklah dicuci rongganya dengan air mengalir dan dibuang segala cebis-cebis darah beku. Satu lagi keistimewaan ikan ini ialah jalur daging warna tua (sepanjang sisi ikan) yang rasanya kaya seperti hati.



KERAPU
Garoupa














Ikan Kerapu merupakan salah satu kelompok ikan terbesar terdapat di perairan tropika Malaysia. Namun begitu, hanya 5 atau 6 spesis sahaja yang terdapat di pasaran. Warnanya diantara coklat muda dengan coklat tua. Tanda pada badan ikan juga berbeza. Bentuk juga berbeza yang antaranya lebar dan ada yang kecil dan panjang. Kerapu biasanya terdapat di terumbu karang dan terumbu batu. Ikan ini berupaya bertukar warna mengikut keadaan persekitarannya. Di pasaran, Kerapu kecil yang panjangnya 20 - 30cm mudah didapati. Kerapu besar juga boleh didapati dengan keadaan sedia dihiris menjadi stik tetapi kebanyakannya dihantar ke restoran makanan cina. Kelazatan isinya yang pejal begitu sesuai untuk pelbagai masakan. Oleh kerana itu, Kerapu adalah ikan paling disukai ramai.


 SIAKAP
Baramundi / Seabass

















Ikan ini lazimnya terdapat di air payau berhampiran dengan pantai dan muara serta lagun. Hanya kebelakangan ini sahaja ikan kelabu keperak-perakan ini sering kelihatan di pasaran. Ini adalah hasil kejayaan memeliharanya dalam sangkar-sangkar terapung di pelbagai kawasan pesisir Malaysia terutamanya Pulau Ketam. Ketika ini ia mudah didapati di pasaran dan mampu dibeli oleh orang ramai. Menurut mereka yang arif, jenis peliharaan tidaklah sebaik jenis yang hidup liar. Ini kerana rasa perisa dan isinya bermutu rendah. Walaupun benar bahawa rasa ikan itu mengikut tempat ia hidup, namun rasanya tidak seharusnya terjejas melainkan dipelihara di kawasan berlumpur. Siakap biasanya dijual seekor  berukuran purata 20 - 30cm. Tetapi jika dari hidupan liar, ia boleh mencecah 150cm (5 kaki). Diperingkat ini, biasanya        ia dijual sebagai stik. Isinya yang halus dan manis tanpa banyak tulang. Penyediaannya pula ringkas, samada dikukus atau digoreng.


TONGKOL / AYA / IKAN KAYU
Tuna / Long Kon














Masyarakat Jepun sanggup membayar harga yang tinggi untuk ikan Tongkol bermutu untuk dimakan mentah sebagai sashimi. Di Amerika Syarikat, ikan ini banyak ditinkan. Kedua-dua negara ini menyumbang 50 peratus jumlah hasil tangkapan ikan Tongkol dunia. Tetapi berbeza di Malaysia. Tongkol tidak begitu digemari dan dianggap makanan yang hanya cocok bagi masyarakat miskin yang tidak mampu membeli ikan lain. Namun begitu, masyarakat pantai timur menggemari ikan ini. Ikan Aya Masak Lemak tidak dapat dipisahkan daripada sajian Nasi Dagang tradisional, iaitu suatu hidangan istimewa sarapan pagi. Ikan ini juga disebut "ikan kayu" kerana isinya yang keras, padat dan banyak darah. Sebab itulah ia kurang digemari. Tongkol yang baik lagi segar enak sekali rasanya dan boleh diperap dengan rempah pedas untuk digoreng.



IKAN MERAH
Red Snapper















Jenis ikan ini banyak dijual di kebanyakan pasar-pasar. Warnanya berkisar dari merah tua atau merah jambu muda mirip kepada kekuninganatau keperak-perakan. Isinya putih dan pejal, tetapi pada sesetengah jenis adakalanya liat. Ikan Merah tidaklah begitu berperisa dan perlu bergantung kepada sos atau ramuan perap yang lazat untuk menyedapkannya. Walaubagaimanapun adalah berfaedah untuk membelinya memandangkan isinya yang lazat danharganya berpatutan. Ikan Merah yang besar adalah elok dibuat filet - dipotong kecil-kecil, digoreng dan dihidang bersama sos masam manis. Pilihan tepat untuk majlis keramaian.





















No comments:

Post a Comment