Saturday, November 10, 2012
Monday, April 9, 2012
WAKTU SESUAI MEMANCING DI LAUT
UMUMNYA...SETIAP ORANG MEMPUNYAI ANDAIAN DAN TAKSIRAN
MASING-MASING BERHUBUNG WAKTU @ MASA YANG SESUAI UNTUK MEMANCING DI LAUT.
BAGI SAYA...SAYA LEBIH SUKA BERPANDUKAN KEPADA TARIKH DI
DALAM KALENDAR ISLAM (HIJRAH)INI ADALAH ALTERNATIF MUDAH BAGI SAYA DISAMPING
MELIHAT KEPADA CARTA/JADUAL PASANG-SURUT AIR SEMASA.
BERDASARKAN PENGALAMAN-PENGALAMAN PEMANCING & NELAYAN
TEMPATAN RAMAI YANG MERUMUSKAN BAHAWA HARI YANG SESUAI UNTUK MEMANCING MENGIKUT
KEADAAN BULAN ADALAH PADA TARIKH 7HB HINGGA 27HB KALENDAR ISLAM (HIJRAH) SETIAP
BULAN. TEMPOH ITU DIKATAKAN SEBAGAI WAKTU AIR CANTIK. NAMUN BEGITU KEADAAN ITU
BERGANTUNG KEPADA PERUBAHAN PASANG-SURUT AIR. APA-APAPUN KEAKTIFAN
SPESIS-SPESIS DI PERAIRAN SUKAR DIRAMALKAN. ADA PULA MASA & KETIKANYA
IKAN-IKAN TIDAK AKTIF, AKTIF DAN SANGAT AKTIF. BERDASARKAN KAJIAN SOLUNAR DAN
JADUAL PASANG-SURUT AIR MELALUI TEKNOLOGI SAINTIFIK & METEREOLOGI KEAKTIFAN
IKAN-IKAN INI BERLAKU MENGIKUT TEMPOH-TEMPOH TERTENTU DAN IANYA HANYA BEBERAPA
JAM SAHAJA. INI KERANA...HUKUM ALAM, AKTIVITI HIDUPAN DI AIR BERKAIT-RAPAT
DENGAN PERUBAHAN PASANG-SURUT AIR (FAKTOR KEDALAMAN), PERGERAKAN BULAN DAN
MATAHARI (FAKTOR CUACA DAN PERUBAHAN SUHU AIR) DAN LAIN-LAIN . BEGITU HEBATNYA
CIPTAAN ALLAH SWT.
DENGAN ITU KITA KENA PEKA DENGAN KEADAAN-KEADAAN ITU APABILA
MERANCANG TRIP MEMANCING SEKIRANYA INGIN MEMPEROLEHI KEBERKESANAN. NAMUN JANGAN
DILUPA, REZEKI DITENTUKAN OLEH YANG MAHA KUASA...KITA CUMA MERANCANG DAN
BERUSAHA DIIRINGI TAWAKKAL & DOA...INSYAALLAH..
OK..BERDASARKAN KALENDAR ISLAM
DAN KEADAAN BULAN...SAYA SUKA MEMILIH PADA KEADAAN BULAN (1/4), (1/2) DAN (3/4)
UNTUK MELAKUKAN TRIP MEMANCING...BULAN PENUH DAN BULAN SABIT SAYA TIDAK MINAT
KERANA WAKTU INI ARUS SANGAT LAJU DAN DISELANGI OMBAK SERTA KOCAKAN YANG
BERUPAYA MENGELUARKAN ISI PERUT KITA..!!JIKA NAIK SAMPAN @ BOT. NAMUN BEGITU
SESETENGAH KAJIAN MENDAPATI WAKTU BULAN PENUH IKAN SANGAT AKTIF PERAIRAN KERANA
WAKTU INI IKAN-IKAN AKAN MERAPATI KAWASAN TERTENTU UNTUK BERTELUR...! BOLEH LA
CARI JETI-JETI ATAU KELONG-KELONG JIKA NAK LEPAS GIAN..!!
DIBAWAH INI SAYA CATATKAN TARIKH
( IKUT KALENDAR ISLAM @ BULAN MELAYU LA..SESETENGAH ORANG BAHASAKAN) DAN
PERUBAHAN PERGERAKAN PASANG-SURUT AIR.
RUTIN AIR PASANG-SURUT
BERULANG-ULANG SETIAP BULAN...AGAK PENING SIKIT KALAU TAK BIASA BACA.
4-7hb -
(bln 1/4) - air mengecik - 9-10pg air psg penuh &
start surut smpai kul 2-3ptg
7-8hb - (bln 1/2) - air mati.. 6pg air start
psg..12-1tghari air penuh..pastu surut smpai kul
7-8 mlm.
9-11hb
- (bln 3/4) -
air menyorong - 9-10pg air start psg..3@4 ptg air penuh..pastu surut
semula smpai mlm --> paling
aku suka
14-17hb
- (bln penuh) - arus laju
berdentum - 7-8pg air penuh..1tghari surut abis..7-8mlm penuh
semula
19-22hb
- (bln 3/4) - air mengecik - 9-10pg air psg penuh
& start surut smpai kul 2-3ptg
22-23hb
- (bln 1/2) - air mati.. 6pg air start
psg..12-1tghari air penuh..pastu surut smpai kul
7-8mlm.
24-27hb
- (bln 1/4) - air menyorong - 9-10pg air start
psg..3@4 ptg air penuh..pastu surut semula
smpai mlm
--> paling aku suka.
29-2hb
- (bln sabit) - arus laju berdentum - 7-8pg air
penuh..1tghari surut abis..7-8mlm penuh
Semula.
SEMOGA PAPARAN DI ATAS SEDIKIT SEBANYAK
MEMBERI MANFAAT KEPADA ANDA SEBAGAI RUJUKAN ILMU & PENGETAHUAN .
“SELAMAT MEMANCING”...
Shahothman@artikel...
Sunday, April 1, 2012
PANCING PANTAI
Air pasang detik terbaik
Kebanyakan ikan di
pantai amat peka pada persekitaran dan perubahan pasang surut air. Ikan di
kawasan ini lebih aktif apabila menjelang air pasang terutama pasang besar
apabila ikan mara rapat ke pantai mencari makanan.
Peluang untuk
menjerat ikan lebih terbuka pada waktu malam kerana waktu ini ikan biasanya
tidak menyedari kehadiran manusia berhampiran. Jika dirujuk carta pasang surut
air, banyak tempat menunjukkan air pasang pada lewat petang dan awal pagi.
Jadi, kedua-dua waktu ini masa terbaik untuk memancing di pantai.
Selain merujuk
pasang surut air, musim ikan kecil rapat ke pantai seperti bilis juga adalah
musim terbaik memancing. Kehadiran bilis ke pantai turut membawa bersama
pemburu yang mengikuti gerombolan bilis yang amat digemari kebanyakan ikan di
pantai seperti gerung belang, ebek, gelama, haruan tasik mahupun pari.
Pelbagai jenis umpan
boleh digunakan ketika memancing di muara. Pilihan umpan biasa dirujuk kepada
jenis ikan yang ingin dipancing dan umpan yang biasa ditemui atau digunakan di
kawasan itu. Namun umpan lumrah di muara ialah udang hidup adalah paling mujarab,
perumpun atau hirisan ikan. Memilih mata kail sama seperti pilihan terhadap
umpan. Malah saiz mata kail boleh ditentukan dengan kecil atau besar umpan yang
digunakan.
Friday, March 23, 2012
10 PANDUAN NIKMATI KESELESAAN MEMANCING
Memancing adalah hobi yang santai. Ia membawa anda
kembali kepada alam, kedamaian jiwa dan minda. Justeru, hobi ini perlu
dipraktikkan dengan penuh etika untuk mencapai keselesaan dan kedamaian serta
memperoleh tumpuan.
Berikut
adalah beberapa panduan bagi memastikan anda dalam keadaan selesa, selamat dan
memperoleh tangkapan terbaik bagi setiap trip memancing. Yang penting, anda
benar-benar seronok memancing!
1
Jangan
meminum arak- Ini tindakan tidak bijak untuk mengelakkan pelbagai perkara
buruk berlaku di lokasi pancing.
Walaupun kononnya minum arak bakal mengundang kegembiraan
sebenarnya perbuatan itu bukan saja menyusahkan diri sendiri malah rakan,
tekong dan orang tersayang yang anda tinggalkan di rumah.
Adalah
lebih baik anda meminum lebih banyak jus buah-buahan, air mineral dan minuman
ringan lain. Malah bagi sesetengah trip, meminum air berkabonat mampu mengatasi
sebu angin dalam perut sekali gus muntah.
2
Pada
sebelah malam atau ketika berada dalam cuaca sejuk, minum lebih banyak
minuman panas seperti kopi, minuman tenaga dan tonik. Ini bagi memastikan anda kekal hangat dalam cuaca sejuk itu.
3
Jangan
berkira soal membeli makanan bertenaga dan berkhasiat terutama untuk dibawa ke lokasi
pancing. Tenaga diperlukan untuk anda melakukan pancingan dasar, pancingan berumpan atau pancingan layang. Malah
memancing adalah aktiviti fizikal yang memerlukan banyak tenaga. Jika anda mula
terasa lapar, letih atau lesu, ini mula mengundang fikiran anda untuk balik ke
rumah.
4
Jangan
sesekali lupa membawa topi
sekali pun anda tidak mahu memakainya. Sekali pun anda mungkin lasak dan mampu
melalui panas terik tetapi topi mungkin diperlukan jika hujan atau sebelah
malam. Kepanasan sebenarnya turut melemahkan badan. Jadi dengan bertopi atau
memancing di tempat yang terlindung, ini akan menjimatkan tenaga anda!
5
Pastikan
anda sentiasa dalam keadaan bersih dan kering. Sebab itu, pemancing yang
baik sentiasa membawa tuala tangan atau memakai sarung tangan bagi memastikan
tapak tangan bersih. Cuci tangan serta-merta selepas memasang umpan seperti
dedak, cacing dan ikan. Ini untuk mengelakkan anda menggunakannya bagi memegang
makanan atau minuman.
6
Sentiasa
berhati-hati ketika berada di tebing sungai, taliair atau laut terutama
ketika musim hujan. Tebing ketika itu licin dan anda mungkin tergelincir.
Ingat, jatuh tergelincir akan menyebabkan pelbagai bentuk bahaya dan
kecederaan. Malah tahap paling serius anda mungkin lemas dalam air!
7
Jika
ada nyamuk, agas atau serangga lain yang menggigit, anda boleh menangani
dengan menyapu permukaan kulit yang terdedah dengan salap ( balm ) anti
serangga. Anda benar-benar tidak boleh memancing jika asyik melayan nyamuk atau
agas!
8
Jika
anda berhasrat memancing dengan meranduk air, pastikan anda tahu di mana
hendak berehat seketika bila badan gatal. Sebab itu, pastikan anda memakai
salap, pakaian bersih dan kering untuk mengelak gatal.
9
Jangan
membawa terlalu banyak perkakasan di lokasi pancing sehingga anda umpama
dihalau dari rumah. Bawa yang perlu dan berkongsi dengan rakan adalah cara
terbaik mengurangkan beban.
10
Jika
anda bermalam di lokasi pancing, pastikan anda membawa perkakasan lengkap
untuk tidur seperti beg tidur, kelambu, pangkin mudah pasang dan khemah. Jangan
memperjudikan badan dengan tidur di atas timbunan rumput, daun atau tikar.
Label:
Artikel Memancing
Subscribe to:
Posts (Atom)